Khamis, 17 Februari 2011

Mail Kajong

Mail kajong nama gelaran disekolah.
dia kawan yang agak mengong dan selamba.
7 tahun kami terputus hubungan.
ketika diasrama dia lah yang selalu bersama menghadapi
apa itu susah,apa itu senang.kami berTIGA asalnya.
Aku,Mail dan Shawal..tpi,shawal masih tidak dapat dikesan.
apa lah cerita dia sekrang yerk.semoga dia sehat-sehat selalu.zaman sekolah dahulu tiada kemudahan semoden ini,Facebook,blog,myspace.itulah punca kami semua terputus hubungan.terima kasih facebook,kerana kami dapat berhubung semula.
Mail orangnya,degil-degil ubi( ayat baru ).Pernah kami tertangkap tidak pergi kesurau untuk sembahyang Zohor,warden denda kami jalan itik didataran perhimpunan.itu sangat lah memori.dan teringat juga dengan satu kes ni,aku dan Mail kantoi rokok Yang dibawa shawal,kami sanggup didenda dan mengaku itu rokok kami dan bukan rokok shawal..walaupun bukti sangat kukuh..kami pertahankan shawal.kami didenda cuci toilet selama sebulan..itu ertinya kawan.
Mail lu memang rock.! sekarang kerja di sebuah bengkel besi kepunyaan abangnya sendiri.apa yang dia pelajari disekolah,membuatkan apa yang dia kerja sekrang.
dan kami akan bertemu bulan 3 ini,untuk bersama-sama melawat sekolah.aku doakan kau MAIL semoga kau berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan